da lame cik x update blog... bukan ape, cik x berkesempatan. cik x sehat sejak hari khamis hari tu... mungkin cik penat.. sebab hari khamis hari tu cik berpuasa... tapi kelas cik di panjangkan sehingga jam 7.15 pm.... mungkin cik terlalu letih.. dalam kelas cik da start sejuk menggigil sebab kelas cik ber air cond.... balik je dari kelas, cik terus terbaring... xlarat sangat time tu... cik ngat nk buke kat bilik je, tapi da janji ngan roomate cik nk buke kat cafe aishah, cik gagah kan jugak... malam tu cik mmg xle tido...dengan pening yg teramat sangat, badan panas... cik pakse diri untuk tido... naseb baik hari jumaat cik xde kelas... esoknye cik bangun cm biase.. ingatkan da oke,, sebab cik da bole gelak sakan ngan dye n roomate2 cik...tapi pas lunch, cik muntah2... after tu rase loya jer...badan cik xbermaya langsung... petang tu ma cik col.. dye tanye nk amek x balik rumah, cik kate x payah la,, sebab cik nk study.. next week cik ade 2 kuiz... pastu cik da xtahan sangat, cik ajak roomate cik g klinik... dye pown teman.. suhu cik 38.9!!! giler tinggi! padanlah pening yg teramat...dokter pown bagila ubat.. acely i hate to take any pills...verry2 hate... tapi ma cik kate nk study an, kne sehat... cik pown pakse gak pills yg dokter bagi tu masuk dalam tekak cik...sangat seksa u all tahu x.....
seyes cik xsuke makan ubat!!
alhamdulillah, pagi ni cik rase bertenaga sikit... even x sehat sangat, tapi bole bangun la.. cik pena dengar 1 hadith ni... " sakit penghapus dosa kecik.." cik pown search la kat pakcik google.. jupe la ni,,,
“Tidaklah
orang Muslim ditimpa cubaan berupa penyakit atau lainnya, melainkan
Allah menggugurkan keburukannya, sebagaimana pohon yang menggugurkan
daunnya.”
(HR.
Bukhari-Muslim)
dan Nabi jugak pernah berkate kepada Ummu Saib :
"Ketika Ummu Saib sakit demam dan
mencela penyakit yang menimpanya, Nabi bersabda. “Janganlah
kamu mencela demam. Karena sesungguhnya demam itu menikis kesalahan
anak cucu Adam sebagaimana bara api mengikis keburukan besi.” (HR.
Muslim)”
Umpamanya
ketika sakit, kita berfikiran positif dan cakap pada diri sendiri
bahawa kita sihat, kuat dan sabar. Insya-Allah, kita pasti cepat
sembuh.
disini cik ade beberapa hikmah bile kite saket, cik search kat pakcik google... semoga ia menjadi iktibar buat diri cik n u all sume :)
Dalam
sebuah buku yang berjudul Yasalunaka
fi al-Dinwa al-Hayat dan
dikutip dalam Tabloid Syiar, Dr. Ahmad al-Syurbasi, beliau menulis
lima hikmah sakit yang dialami manusia.
Pertama,
sakit adalah ruang untuk manusia berehat. Ketika sakit, memang kita
tidak dapat berbuat apa-apa. Terlantar sahaja. Namun hikmahnya,
organ-organ yang membantu kita berkerja selama ini cuba untuk
mendapatkan rehat yang cukup.
Umpama
enjin yang terlalu lama hidup akan jadi panas. Ia perlu diberhentikan
sekejap untuk sejuk dan kemudian dihidupkan kembali.
Biarkan
badan dan emosi kita haknya, iaitu rehat yang cukup.
Kedua, sakit
merupakan pendidikan. Ketika seseorang mengalami sakit parah, dia
akan menyedari betapa mahalnya nilai kesihatan.
Ketiga, sakit
merupakan teguran dari Allah s.w.t. Barangkali kita alpa dengan
sesuatu dan asyik dengan sesuatu sehinggakan terabai dalam menjaga
hubungan kita dengan Dia.
Ketika
sihat, seolah-olah tidak beringat dengan kesakitan. Ketika kaya,
seolah-olah lupa pada yang kurang upaya. Ketika terlalu seronok,
tidak endah pada kesengsaraan orang lain. Ketika berkuasa,
seolah-olah dialah yang paling gagah perkasa. Manusia mudah lupa!
Ingatlah
lima perkara sebelum lima perkara.
Kita
diuji dengan apa yang kita cakapkan dan kita diuji dengan apa yang
kita lakukan.
Keempat, sakit
memberikan kesempatan untuk bertaubat dan menghapus dosa. Ruang ini
selalu menjadikan manusia berfikir kembali dan bermuhasabah dengan
tindak-tanduknya sendiri. Jarang sekali kita dapat bermuhasabah
tatkala hati dilonjak gembira.
Jadi,
inilah masa yang ideal agar dapat kita toleh kembali kesilapan dan
seterusnya bertaubatlah pada yang Khaliq. Mohonlah sesungguhnya agar
segala dosa kita diampun Tuhan. Dan merayulah pada-Nya agar kita
dimudahkan segala urusan yang membelitkan, diberi kesenangan dan
kesihatan tubuh badan.
Dalam
hadis ada diterangkan,
“Tidaklah seorang muslim tertimpa keletihan, sakit, kebingungan, kesedihan dan kekusutan hidup, atau bahkan tertusuk duri, kecuali Allah menghapus dosa-dosanya. (HR. Muttafaq Alaih).
Kelima, sakit
juga memberikan kesempatan untuk memperbaiki hubungan keluarga dan
sosial. Ketika seseorang itu sakit, maka akan ada kerabat dekat akan
semakin dekat, kerabat jauh akan menjadi dekat dan yang kenal akan
semakin akrab.
Ketika
si anak kurang sihat, ibu dan ayahnya yang menjaga dan memelihara
kesihatan anaknya. Pun begitu, sekiranya ayah atau ibu kurang sihat,
si anak akan kembali kepada orang tuanya dan memberikan keprihatinan
yang optimum untuk membalas kembali jasa mereka.
Alangkah
Besarnya dan Mulianya Allah s.w.t. yang menjadikan begitu banyak
hikmah sakit daripada hanya satu sakit. Akan tetapi jarang sekali
kita fikir-fikir dan renungkan.
so nyer... cik harap u all doakan cik cepat sembuh ye.. dan jugak doakan cik leh jawab kuiz math n chem next week... da da :)
jangan lupe smile :D
No comments:
Post a Comment