hai haii,,
tengok, belom pape da update lagi..haha
ni time rajin, kalau time malas, bersawang sawang haa belog ni...hihi
oke oke, assalamualaikum :)
pada ketika ini, cik tetibe rase nk update sal mother church ni. tp tanak la cite sal sejarah dye, sebab belambak dah kat rumah pakcik gugel. taip ajee..
cik nk share pasal sambutan hari ibu ni.
hmmm,, ade kate tak bole, ade kate bole.
tapi still pada pendapat cik tak bole. ekot logik akal yang insyaAllah waras lagi ni, kne ke sambut hari ibu ni pada tarikh yang same dengan hari memperingati mother church tu? pada tarikh nii la orang sebok sebok nk post gambar ngan ibu masing luahkan rase sayang cinta kasih kat ibu. kenapa hari sebelom2 ni xde pun?
oke, cik bole je terima Ustaz ni cakap cm ni. Ustaz kowt nk compared ngan cik ni.
tapi,,,tapi,,,,
cik dah kenapa? saje nk kompius kan orang kan. haha
takde la cm tu,,,cik cume nk cakap, kalau rase diri tu tak kuat lagi, jangan ekot ape2 kepercayaan yg takde pun dalam sejarah islam. oke, mungkin nk cakap "ala, saje nk bagi ibu/mama/umi/mummy rase special satu hari ni, orang lain sebok wish, sambut ade kek bagai, nk jugak buat kat ibu/mama/umi/mummy sayeee"
lorhhh, macam ibu/mama/umi/mummy uolss xde tarikh lahir kan. celebrate la time tu. nk buat kenduri siap pun bole. nk post belambak lambak gambar pun bole.
bagi yg tarikh lahir same ngan tarikh jatuhnye hari ibu ni, beruntunglaa.. tp ingat, kite sambut hari kelahiran ibu/mama/uumi/mummy kite, bukan sambut sempena memperingati mother church tu.
cik ni xde la alim, xde la baik sangat, still tengah mendalami ilmu agama ni. so kalau salah harap tegur :)
and and, cik setuju lebih kepada Ustaz Azhar Idrus ni sebab cik mmg kenal dye and selalu dengar ceramah dye. Ustaz Syed Abdul Kadir tu cik baru kenal tadi..hehe
nampak kan, cik bukan kenal pun semua ustaz.
lagipun, kate kakak usrah cik, kalau kite da pegang kat satu pegangan tu, and da kaji kesahihannye, bile ade unsur2 yang sebaliknye datang, kite tak bole cepat mengiyakannya. cik tak cakap Ustaz Syed Abdul Kadir tu salah..takk!! sape la cik ni... tapi sebab cik da pegang kate kate UAI tu, and secare logiknye pun bole pakai kate UIA tu :)
and and lagi satu cik jumpe ni...
ni cik dapat kat facebook.
and caption dye macam ni,,,,
ibadat atau adat?? huhu...tepuk dada tanya iman :)
dari gambar and status Dr. Abu Anas Madani ni, ade yang bagi komen macam ni..
Pandangan Syeikh Faisal Mawlawi
23 Jamadil Awal 1431H.
23 Jamadil Awal 1431H.
Jawab (syeikh Faisal Mawlawi): Memuliakan ibu adalah dituntut sepanjang tahun sepenuhnya. Menghormati ibu, menuntut keredhaannya, berkhidmat dan berbuat apa sahaja kebaikan kepadanya adalah dituntut dengan tuntutan yang tegas (wajib) sebagaimana yang termaktub di dalam al-Quran dan sunnah Rasulullah s.a.w. Perkara ini sudah diketahui umum oleh mana-mana manusia.
Cuma, orang-orang Barat menjadikannya sebagai adat dan budaya dengan menetapkan satu hari dalam setahun untuk dijadikan sebagai Hari Ibu. Di mana pada hari itu anak-anak menghulurkan hadiah kepada ibu mereka untuk memuliakan dan sebagai tanda penghormatan.
Orang Islam pula, dari sudut syarak, tidak ada perayaan/hariraya melainkan Idul Fitri dan Idul Adha. Selain perayaan/hariraya ini, iaitu yang mengambil sempena sesuatu perkara, maka ia tidaklah lebih dari hanya sekadar merayakan sempena sesuatu itu sahaja. Contohnya, seperti apa yang dinamakan sebagai hari ibu, atau perayaan untuk peringatan sesuatu peristiwa tertentu.
Jika kita menganggap bahawa apa yang dinamakan oleh orang-orang barat sebagai hari ibu itu sebagai hari memuliakan/menghormati ibu hanya sebagai tambahan sahaja (kewajipan menghormati ibu telahpun siap kita laksanakan), maka di sana syarak tidak menghalangnya.
Yang dilarang oleh syarak ialah jika perayaan berkenaan dianggap sebagai ‘id/perayaan dengan maksud syar’i (dari sudut keagamaan). Begitu juga dilarang jika menghormati dan memuliakan ibu hanya dibataskan pada hari berkenaan sahaja. Jadi, jika dua perkara ini ternafi, maka tidak ada halangan untuk memuliakan atau menghormati ibu pada hari ibu.
Melainkan bagi sebahagian golongan ada yang melarang menyambut hari ibu kerana ia dianggap sebagai perbuatan bertaklid kepada non muslim dan bertasyabbuh/menyerupai/meniru2 mereka.
Kita berpegang bahawa meniru-niru non muslim dan menyerupai (tasyabbuh) mereka adalah tidak dibenarkan pada perkara-perkara yang khusus untuk mereka sahaja serta tidak mempunyai asas di dalam syariat kita. Adapun memuliakan ibu sebagaimana diketahui umum memang mempunyai asasnya di dalam syariat. Oleh itu, perkara ini tidaklah dapat dianggap sebagai meniru-niru/menyerupai non muslim yang ditegah.
panjang kan? hehe..ilmu ni, kne bace sampai habis!
setelah ditolak ditambah dibahagi didarab, jawapan cik..
Daripada Abu Muhammad al-Hasan ibn Ali ibn Abu Talib r.a., رضي الله عنهما cucu Rasulullah SAW dan orang kesayangan Baginda. Beliau berkata: Aku telah menghafal daripada Rasulullah SAW hadis:
Tinggalkanlah apa yang meragukan engkau kepada apa yang tidak meragukan engkau. Hadis riwayat al-Tirmizi dan al-Nasaai. Al-Tarmizi berkata ia adalah hadis hasan sahih.
Wallahu a’lam.
smile dear :)
setuju. hari hari adalah hari ibu.. zati lebih suka sambut beday ibu.. hee
ReplyDeletekan..hari special ibu setiap tahun ade, nk jugak smbut time tu..huuhu
Delete