assalamualaikum pembace :) cik dapat something yg mcm best untuk dikongsi bersame... mase cik ngah bace bace artikel tadi, cik terbace artikel ni..so cik ngat nk kongsi ngan korg laa kan...hope korg enjoy la ye ;)
bercinta semase belajar??leh focus ker??
"Ustaz,
bagaimanakah caranya untuk saya mengelakkan diri daripada bercinta
semasa belajar? Apakah kaedah yang boleh digunakan?”, tanya seorang
peserta kepada saya di dalam ceramah 'Aku Terima Nikahnya', anjuran
Nisa’ WP tempoh hari.
“Oleh
kerana kita sudah berbicara tentang kuasa cinta, maka saya
berpandangan, cinta
tidak boleh dilawan dan tidak boleh dilayan. Untuk menjadi mangsa
kuasa cinta, tidak perlu melayan cinta, sebaliknya melawan cinta juga
sama kesannya”, saya memberikan jawapan.
Saya
bukan Profesor Serba Tahu yang ada jawapan untuk semua soalan. Maka
jawapan-jawapan saya lebih kepada perkongsian. Mana yang baik,
jadikan teladan. Mana yang buruk, jadikan sempadan.
Soal
melayan cinta, memang tidak sukar melihat akibatnya. Sudah banyak
kali saya perkatakan sebelum ini berkenaan kesan melayan cinta tanpa
kebarangkalian cinta itu mencapai perkahwinan.
Tetapi
soalnya kali ini ialah perbuatan melawan
cinta.
Peserta
tersebut bertanyakan kepada saya, apakah dengan mengelakkan diri
daripada mendengar lagu cinta termasuk nasyid cinta, maka dirinya
boleh terelak daripada terjebak ke dalam cinta.
Hakikatnya,
cinta tidak perlu dilayan atau dilawan. Hanya dengan mengingatinya
dengan cara apa sekali pun, seseorang itu sudah pun duduk di bawah
pengaruh cinta. Mengingati cinta lalu melayannya, ada akibat yang
kita sedia maklum. Mengingati cinta lalu melawannya, juga ada kesan
yang tidak baik.
“Macam
mana cara orang melawan cinta?”, saya bertanya.
Peserta
tersenyum-senyum. Begitu juga dengan penyoal.
“Bercakap
kasar dengan lelaki atau bercakap pedas dengan perempuan?”, saya
mengemukakan cadangan tentang cara biasa melawan cinta.
MELAWAN
CINTA
Biasa
benar saya bertemu dengan muslimat yang mahu melawan cinta, bercakap
dengan lelaki seperti seorang askar bertitah kepada anak buahnya.
Kalau sekali pun al-Quran menganjurkan perempuan supaya jangan
melunakkan suara ketika bercakap dengan lelaki ajnabi,
tidak pula sekali-kali al-Quran mengajar alternatifnya begitu.
Cakap
biasa sudahlah.
Jika
sudah biasa bercakap kasar dengan lelaki kerana kononnya sedang
memerangi cinta, lama-lama sudah bercinta dengan suami pun masih
terbiasa bercakap kasar. Itu penangan melawan cinta.
Sama
juga dengan yang lelaki.
Kalau
melawan cinta itu caranya ialah dengan me’laser’ perempuan,
bercakap yang pedas-pedas hingga teresak-esak setiap perempuan yang
berurusan dengannya, hati-hati! Jangan pula selepas berkahwin nanti
pun, bermulut pedas kerana pengalaman bujang menentang cinta, lebih
lama dari pengalaman kahwin menyuburkan cinta.
MENGELAK
CINTA
Habis,
apa caranya untuk mengelakkan diri dari bercinta?
Oleh
kerana lawan pun kena, layan pun sama… maka cara terbaik
mengelakkan diri dari cinta di luar masa, ialah dengan MELUPAKANNYA.
Cara
untuk melupakan cinta bukanlah dengan memikirkan cara melupakannya.
Itu bukan lupa, tapi mengingati cinta secara melupakannya!
Sesungguhnya
kaedah terbaik untuk melupakan cinta, ialah dengan menyibukkan
diri dengan
hal-hal lain yang lebih sesuai dengan masanya.
- Sibukkan diri dengan pelajaran dan pengajian seoptima mungkin.
- Sibukkan diri dengan kerja-kerja persatuan, aktiviti kemasyarakatan dan lain-lain kegiatan yang bersifat “memberi”.
- Sibukkan diri dengan kerja dakwah, kerana dakwah bukan boleh berhasil terus dengan kesediaan. Ia memerlukan latihan, pendedahan, proses buat betul dan buat salah… dan zaman pelajarlah masa terbaik untuknya.
Apabila
tiba masa untuk berumahtangga, barulah masukkan cinta dalam agenda
ketika diri sudah pun biasa dengan kesibukan, iaitu realiti sebenar
kehidupan yang jauh dari angan-angan.
ABU
SAIF @ www.saifulislam.com
so...terpulangla kat diri masing masing ye...ni sekadar perkongsian semata mate :)
sehingga ketemu lagi....smile :D
No comments:
Post a Comment