assalamulaikum pembace.. :)
hari ni cik nk share banyak story...(banyak la sangat kan..) story nye satu je... contoh yang banyak laa.. hehehe
hari
ni cik nk bincang sikit tentang air mata wanita..hehe... seperti apa
yang kita tahu, dah menjadi lumrah kepada setiap perempuan tu
mempunyai hati yang lembut, mudah tersentuh atau dalam erti kata lain
ialah sensitif..
air
mata wanita ni juga adalah senjata untuk melemahkan hati sesiapa yang
melihat terutamanya insan yang bernama lelaki..so, persoalannya
disini.. kenapa wanita ni air matanya mudah sangat
mengalir? kenapa?wanita ni memang di cipta Allah dengan sifat yang
lemah lembut dan wanita juga dikurniakan 9 nafsu dan 1 akal.
berbanding lelaki yang nafsunya 1 tapi akal nya 9 wanita, akalnya
yang 1 di kawal oleh 9 nafsunya.begitu juga lelaki ,9 akal tu yang
mengawal 1 nafsu tu.
kadang-kadang
ada sesetengah lelaki khususnya akan berasa pelik dan jelik jika
wanita tu menangis atas perkara yang remeh. dari aspek yang semacam
ini, lelaki seharusnya memahami wanita ini. wanita akan menagis jika
perkara tu betul2 menyentuh hatinya. tambahan pula dia akan lebih
mudah menagis jika orang yang dia sayangi tak ambik berat tentang
dirinya..perkara ni nampak kecil je kan?tapi pada wanita hal ini amat
terkesan dalam hati dia.
ok..untuk
situasi lain, contohnya si isteri mengadu pada suaminya..
"abg, bahu
ayg sakit la. boleh tak abg tolong picit jap.." lepas tu suami dia
cakap.. "ala syg, abg pun letih juga.." pastu, pasti muncung
isteri tu akan keluar sedepa. pada masa tu dia akan mula mengomel dan
turunlah air mata..sikit je kan masalah nye? kalau kes macam ni
terjadi macam ne? suami sure mengelabah kalau tengok isteri
nangis..hehe
so, memang
tak ada cara lain. kena pujuklah jawabnya. tapi, nak pujuk pun kena ada
cara. salah pujuk, lagi menjadilah jawabnya..bak kata Dr.Fadhilah
Kamsah, "jika isteri tengah menagis,dan seumpama mahu
dipujuk, suami kena guna cara yang terbaik,contohnya, peluk isteri tu,
kalau rasa tak reti nak peluk,usap lah tangannya sambil senyum ke
arahnya. insyaallah, lembut hati isteri tu."
ni la Dr.Fadhilah Kamsah.. kenal?
jom
kita baca kisah ni..
kisah
di bawah ini hanyalah sebagai pengetahuan kepada anda sekalian
untukmengetahui kenapa perempuan mudah menangis. Supaya bagi
mereka-mereka yang lelaki tahu, kenapa wanita terlalu mudah
untuk mengalirkan air mata sekiranya berlaku sesuatu dalam
perhubungan.
Suatu
hari, seorang anak bertanya kepada ibunya,
"Ibu,
mengapa ibu menangis?" Ibunya menjawab, "Sebab ibu adalah
perempuan, nak."
"Saya
tidak mengerti ibu," kata si anak.
Ibunya
hanya tersenyum dan memeluknya erat. "Nak, kau memang tak akan
mengerti"
Kemudian
si anak bertanya kepada ayahnya."Ayah, mengapa ibu
menangis?" "Ibumu menangis tanpa sebab yang jelas," sang
ayah menjawab.
"Semua
perempuan memang sering menangis tanpa alasan."
Si
anak membesar menjadi remaja, dan dia tetap terus bertanya-tanya,
mengapa perempuan menangis?Hingga pada suatu hari, dia bertanya kepada
seorang gurunya,
"cikgu,
mengapa perempuan mudah menangis?"
Gurunya
menjawab:
"Saat
Allah ciptakan wanita, Allah membuatnya menjadi sangat utama. Allah
ciptakan bahunya, agar mampu menahan seluruh beban dunia dan isinya,
walaupun juga, bahu itu cukup nyaman dan lembut untuk menahan kepala
bayi yang sedang tertidur.
Allah
memberikan wanita kekuatan untuk dapat melahirkan, dan mengeluarkan
bayi dari rahimnya, walau seringkali pula, ia kerap berulangkali
menerima cerca dari anaknya itu.
Allah
memberikan keperkasaan, yang akan membuatnya tetap bertahan, pantang
menyerah, saat semua orang sudah putus asa.
Pada
wanita, Allah memberikan kesabaran, untuk merawat keluarganya, walau
letih, walau sakit, walau lelah, tanpa berkeluh kesah.
Allah
memberikan wanita, perasaan peka dan kasih sayang, untuk mencintai
semua anaknya, dalam kondisi apapun, dan dalam situasi apapun. Walau,
tak jarang anak2nya itu melukai perasaannya, melukai hatinya.
Perasaan
ini pula yang akan memberikan kehangatan pada bayi-bayi yang
terkantuk menahan lelap. Sentuhan inilah yang akan memberikan
kenyamanan saat didekap dengan lembut olehnya.
Allah
memberikan wanita kekuatan untuk membimbing suaminya, melalui masa
-masa sulit, dan menjadi pelindung baginya. Sebab, bukankah tulang
rusuklah yang melindungi setiap hati dan jantung agar tak terkoyak?
Allah
memberikan kepadanya kebijaksanaan, dan kemampuan untuk memberikan pengertian dan menyedarkan, bahawa suami yang baik adalah yang tak
pernah melukai isterinya. Walau, seringkali pula, kebijaksanaan itu
akan menguji setiap kesetiaan yang diberikan kepada suami, agar tetap
berdiri, sejajar, saling melengkapi, dan saling menyayangi.
Dan,
akhirnya, Allah memberikan wanita air mata agar dapat mencurahkan
perasaannya. Inilah yang khusus Allah berikan kepada wanita, agar
dapat digunakan bilapun dia inginkan. Hanya inilah kelemahan yang
dimiliki wanita, walaupun sebenarnya, air mata ini adalah "air mata
kehidupan".
ada
sesetengah lelaki ini melebihkan egonya. kadang2 lelaki sanggup
cakap.."you nangis r puas2. tak kuasa i nak layan you
lagi"..adakah ini cara terbaik? masa bercinta dulu tak hingat!
lautan api sanggup diredahi. sekarang, isteri nangis ..biar gitu
je..kenapa wanita cepat nagis?sebab dia nak perhatian yang lebih terutamanya dari orang yang dia sayang..tengok pada anak2 kecil..jika
dia menagis, apa yang dia mahu kan? belaian kan? jika pada zaman
berkasih, boleh beri layanan yang hebat, kenapa ketika di alam rumah
tangga layanan tu tak sama? bukankah sepatutnya lepas kahwin tu
kemesraan sepatutnya ditahap yang paling maksimum? dapat pahala tu!!!
ok..kenapa
lelaki tak mudah menangis? perasan tak kalau masa kecik2 dulu, bagi
orang lelaki la ni..kalau la budak laki ni nangis, mesti mak atau
ayah, atau cikgu atau sapa2 saja akan cakap.. "ish..apa ni laki
nagis? buat malu je.macam perempuan je. laki kuat..tak boleh
nangis"...sebabkan statement ni la yang sudah terbekesan dalam
minda lelaki. memang pada dasarnya, betul..tapi, siapa kata laki ni tak
boleh nagis? hebat sangatkah ke "ego" an tu? Rasulullah saw
pun menagis jugak. tapi tangisan nya bertempat lah.. :-)
tapi, apa2
pun, janganlah letak tanggapan yang salah pada wanita kerana kemudahan
air matanya untuk turun. cuba selami hati wanita. wanita ni just nak
dimanja, diberi perhatian. terutamanya dari orang yang dia sayang. dalam
lirik lagu sumayyah nyanyian Hijjaz pun ada tertulis,
"tangan
yang di sangka
lembut
menghayun buaian
mengoncang
,mencipta sejarah." hehe.
dan
di sebalik kejayaan lelaki itu,pasti ada seorang wanita
dibelakangnya..."
"Karena
wanita ingin dimengerti.. Lewat tutur lembut dan laku agung.. Karena wanita
ingin dimengerti... Manjakan dia.. dengan kasih sayang"
wassalam.....nangis, nangis jugak..tapi jgn lupe smile ye :)
No comments:
Post a Comment