♥ ♥ dear husband ♥ ♥

♥ mencintai yang halal itu pasti lebih indah ♥

Friday, December 16

perempuan & air mata


                                                  assalamulaikum pembace.. :)
hari ni cik nk share banyak story...(banyak la sangat kan..) story nye satu je... contoh yang banyak laa.. hehehe
 
        hari ni cik nk bincang sikit tentang air mata wanita..hehe... seperti apa yang kita tahu, dah menjadi lumrah kepada setiap perempuan tu mempunyai hati yang lembut, mudah tersentuh atau dalam erti kata lain ialah sensitif..
         air mata wanita ni juga adalah senjata untuk melemahkan hati sesiapa yang melihat terutamanya insan yang bernama lelaki..so, persoalannya disini.. kenapa wanita ni air matanya mudah sangat mengalir? kenapa?wanita ni memang di cipta Allah dengan sifat yang lemah lembut dan wanita juga dikurniakan 9 nafsu dan 1 akal. berbanding lelaki yang nafsunya 1 tapi akal nya 9 wanita, akalnya yang 1 di kawal oleh 9 nafsunya.begitu juga lelaki ,9 akal tu yang mengawal 1 nafsu tu.
         kadang-kadang ada sesetengah lelaki khususnya akan berasa pelik dan jelik jika wanita tu menangis atas perkara yang remeh. dari aspek yang semacam ini, lelaki seharusnya memahami wanita ini. wanita akan menagis jika perkara tu betul2 menyentuh hatinya. tambahan pula dia akan lebih mudah menagis jika orang yang dia sayangi tak ambik berat tentang dirinya..perkara ni nampak kecil je kan?tapi pada wanita hal ini amat terkesan dalam hati dia.
 
ok..untuk situasi lain, contohnya si isteri mengadu pada suaminya..
"abg, bahu ayg sakit la. boleh tak abg tolong picit jap.." lepas tu suami dia cakap.. "ala syg, abg pun letih juga.." pastu, pasti muncung isteri tu akan keluar sedepa. pada masa tu dia akan mula mengomel dan turunlah air mata..sikit je kan masalah nye? kalau kes macam ni terjadi macam ne? suami sure mengelabah kalau tengok isteri nangis..hehe
          so, memang tak ada cara lain. kena pujuklah jawabnya. tapi, nak pujuk pun kena ada cara. salah pujuk, lagi menjadilah jawabnya..bak kata Dr.Fadhilah Kamsah, "jika isteri tengah menagis,dan seumpama mahu dipujuksuami kena guna cara yang terbaik,contohnya, peluk isteri tu, kalau rasa tak reti nak peluk,usap lah tangannya sambil senyum ke arahnya. insyaallah, lembut hati isteri tu."


ni la Dr.Fadhilah Kamsah.. kenal?

jom kita baca kisah ni..
      kisah di bawah ini hanyalah sebagai pengetahuan kepada anda sekalian untukmengetahui kenapa perempuan mudah menangis. Supaya bagi mereka-mereka yang lelaki tahu, kenapa wanita terlalu mudah untuk mengalirkan air mata sekiranya berlaku sesuatu dalam perhubungan.
Suatu hari, seorang anak bertanya kepada ibunya,
"Ibu, mengapa ibu menangis?" Ibunya menjawab, "Sebab ibu adalah perempuan, nak."
"Saya tidak mengerti ibu," kata si anak.
Ibunya hanya tersenyum dan memeluknya erat. "Nak, kau memang tak akan mengerti"

Kemudian si anak bertanya kepada ayahnya."Ayah, mengapa ibu menangis?" "Ibumu menangis tanpa sebab yang jelas," sang ayah menjawab.
"Semua perempuan memang sering menangis tanpa alasan."
       Si anak membesar menjadi remaja, dan dia tetap terus bertanya-tanya, mengapa perempuan menangis?Hingga pada suatu hari, dia bertanya kepada seorang gurunya,
"cikgu, mengapa perempuan mudah menangis?"
Gurunya menjawab:
       "Saat Allah ciptakan wanita, Allah membuatnya menjadi sangat utama. Allah ciptakan bahunya, agar mampu menahan seluruh beban dunia dan isinya, walaupun juga, bahu itu cukup nyaman dan lembut untuk menahan kepala bayi yang sedang tertidur.
       Allah memberikan wanita kekuatan untuk dapat melahirkan, dan mengeluarkan bayi dari rahimnya, walau seringkali pula, ia kerap berulangkali menerima cerca dari anaknya itu.
       Allah memberikan keperkasaan, yang akan membuatnya tetap bertahan, pantang menyerah, saat semua orang sudah putus asa.
       Pada wanita, Allah memberikan kesabaran, untuk merawat keluarganya, walau letih, walau sakit, walau lelah, tanpa berkeluh kesah.
        Allah memberikan wanita, perasaan peka dan kasih sayang, untuk mencintai semua anaknya, dalam kondisi apapun, dan dalam situasi apapun. Walau, tak jarang anak2nya itu melukai perasaannya, melukai hatinya.
        Perasaan ini pula yang akan memberikan kehangatan pada bayi-bayi yang terkantuk menahan lelap. Sentuhan inilah yang akan memberikan kenyamanan saat didekap dengan lembut olehnya.
      Allah memberikan wanita kekuatan untuk membimbing suaminya, melalui masa -masa sulit, dan menjadi pelindung baginya. Sebab, bukankah tulang rusuklah yang melindungi setiap hati dan jantung agar tak terkoyak?
     Allah memberikan kepadanya kebijaksanaan, dan kemampuan untuk memberikan pengertian dan menyedarkan, bahawa suami yang baik adalah yang tak pernah melukai isterinya. Walau, seringkali pula, kebijaksanaan itu akan menguji setiap kesetiaan yang diberikan kepada suami, agar tetap berdiri, sejajar, saling melengkapi, dan saling menyayangi.
       Dan, akhirnya, Allah memberikan wanita air mata agar dapat mencurahkan perasaannya. Inilah yang khusus Allah berikan kepada wanita, agar dapat digunakan bilapun dia inginkan. Hanya inilah kelemahan yang dimiliki wanita, walaupun sebenarnya, air mata ini adalah "air mata kehidupan".
        ada sesetengah lelaki ini melebihkan egonya. kadang2 lelaki sanggup cakap.."you nangis r puas2. tak kuasa i nak layan you lagi"..adakah ini cara terbaik? masa bercinta dulu tak hingat! lautan api sanggup diredahi. sekarang, isteri nangis ..biar gitu je..kenapa wanita cepat nagis?sebab dia nak perhatian yang lebih terutamanya dari orang yang dia sayang..tengok pada anak2 kecil..jika dia menagis, apa yang dia mahu kan? belaian kan? jika pada zaman berkasih, boleh beri layanan yang hebat, kenapa ketika di alam rumah tangga layanan tu tak sama? bukankah sepatutnya lepas kahwin tu kemesraan sepatutnya ditahap yang paling maksimum? dapat pahala tu!!!
        ok..kenapa lelaki tak mudah menangis? perasan tak kalau masa kecik2 dulu, bagi orang lelaki la ni..kalau la budak laki ni nangis, mesti mak atau ayah, atau cikgu atau sapa2 saja akan cakap.. "ish..apa ni laki nagis? buat malu je.macam perempuan je. laki kuat..tak boleh nangis"...sebabkan statement ni la yang sudah terbekesan dalam minda lelaki. memang pada dasarnya, betul..tapi, siapa kata laki ni tak boleh nagis? hebat sangatkah ke "ego" an tu? Rasulullah saw pun menagis jugak. tapi tangisan nya bertempat lah.. :-)
       tapi, apa2 pun, janganlah letak tanggapan yang salah pada wanita kerana kemudahan air matanya untuk turun. cuba selami hati wanita. wanita ni just nak dimanja, diberi perhatian. terutamanya dari orang yang dia sayang. dalam lirik lagu sumayyah nyanyian Hijjaz pun ada tertulis,
"tangan yang di sangka
lembut menghayun buaian
mengoncang ,mencipta sejarah." hehe.
dan di sebalik kejayaan lelaki itu,pasti ada seorang wanita dibelakangnya..."
 
      "Karena wanita ingin dimengerti.. Lewat tutur lembut dan laku agung.. Karena wanita ingin dimengerti... Manjakan dia.. dengan kasih sayang"   



wassalam.....nangis, nangis jugak..tapi  jgn lupe smile ye :)




 

karena hati bicara ♥

                     salam semuanye... :)

     hari ni..pada waktu ni...jam ni...minit yg sekarang ni...di saat ni.... cik nk share lagu ni ngan kamu..... tapi sebenarnye cik nk dye dgr lagu ni..... :D
   
     tadi siang cik tengok Dalam Mihrab Cinta...kamu dah tengok? best tau.... ending cite ni ade lagu ni...tu cik terpikat tuh...hehehehe...

   jom dengar same same jom.... hope dye pown dgr gak ♥ ♥







mengharungi samudera mahligai nan suci
penuh gelombang silih berganti

semua adalah ujian penguat cinta
bila hati bicara

terkadang tak perlu terucap kata-kata
untuk selami dalamnya hatimu
susah senangmu jadi bagian hidupku
karena hati bicara


tatap manja matamu kisahkan berjuta cerita

hadirmu di hidupku memberikan berjuta makna
karunia Illahi mempersatukan dua hati
ku rasa yang kau rasa karena hati bicara


terkadang tak perlu terucap kata-kata
untuk selami dalamnya hatimu

susah senangmu jadi bagian hidupku
karena hati bicara





tatap manja matamu kisahkan berjuta cerita
hadirmu di hidupku memberikan berjuta makna

karunia Illahi mempersatukan dua hati
ku rasa yang kau rasa karena hati bicara




tatap manja matamu kisahkan berjuta cerita
hadirmu di hidupku memberikan berjuta makna
karunia Illahi mempersatukan dua hati
ku rasa yang kau rasa karena hati bicara



tatap manja matamu kisahkan berjuta cerita
hadirmu di hidupku memberikan berjuta makna

karunia Illahi mempersatukan dua hati
ku rasa yang kau rasa karena hati bicara
ku rasa yang kau rasa karena hati bicara


oke la... nk soh dengar ni je :)
selamat malam kamu...jom tido,,,,
tapi jgn lupe smile :)
bubbye~



Wednesday, December 7

kindergarten

           hi kamu sume,sehat x? hope kamu sentiase ceria keyh... :)  



   malam tadi neyh cik xde wat pape pown,,, tapi cik happy sangat..


sebab.....................


cik ber ym ngan en.kura kura....tahu x dah lame giler en.kura kura x on9 ym.... cik da hampir giler dah...tapi hampir je lah..xgiler ag..hehehe
pastu td dye ajak ym... cik pun tunggu laaa...lame tahu x..ngat an xjdi ym ag...pastu en.kura kura pown muncul :D
mule2 borak2 cm biase...pastu cik soh dye tukar background ym tu...yg ade crayon...
kiteorang pown kembali lah ke zaman tadika...belajar melukis...hahaha
xde keje tol kiteorang neyh kan....





ade bakat jadi pelukis x kami berdua??hahaha
pelukis kanak2 mungkin..kan?

pastu kami habiskan mase ngan en.kura kura lukis rabbit...
and cik lukis kura kura...
paling lame cik laa..sbb cik xpandai lukis..huhuhuh

ni cik lukis...cumel x?
ade nampak cm kura kura x?hahaha
cik nk wat kura kura yg baru balik dari laut...huuhu

ni yg en.kura kura wat...
cik x paham sgt,,tapi cik suke rabbit tuh..comel..hahaha
(konon2 mcm cik laa)huhuhu



kan best lau pat slalu cm neyh :)
tapi ty lau dye dah masuk uia,da stat study lek...sgt jarang la kan nk wat cm ni ag :(
xpela...yg penting kami berdua bahagia...
kamu sume doakan kebahagiaan kami tau!
doakan kami kekal till akhir hayat kami <3


okelah...nk cite neyh jer..hehhehe
bubbye....jgn lupe smile :)






bercinta semasa belajar



         
           assalamualaikum pembace :) cik dapat something yg mcm best untuk dikongsi bersame... mase cik ngah bace bace artikel tadi, cik terbace artikel ni..so cik ngat nk kongsi ngan korg laa kan...hope korg enjoy la ye ;)


bercinta semase belajar??leh focus ker??


        "Ustaz, bagaimanakah caranya untuk saya mengelakkan diri daripada bercinta semasa belajar? Apakah kaedah yang boleh digunakan?”, tanya seorang peserta kepada saya di dalam ceramah 'Aku Terima Nikahnya', anjuran Nisa’ WP tempoh hari.

              “Oleh kerana kita sudah berbicara tentang kuasa cinta, maka saya berpandangan, cinta tidak boleh dilawan dan tidak boleh dilayan. Untuk menjadi mangsa kuasa cinta, tidak perlu melayan cinta, sebaliknya melawan cinta juga sama kesannya”, saya memberikan jawapan.

              Saya bukan Profesor Serba Tahu yang ada jawapan untuk semua soalan. Maka jawapan-jawapan saya lebih kepada perkongsian. Mana yang baik, jadikan teladan. Mana yang buruk, jadikan sempadan.

              Soal melayan cinta, memang tidak sukar melihat akibatnya. Sudah banyak kali saya perkatakan sebelum ini berkenaan kesan melayan cinta tanpa kebarangkalian cinta itu mencapai perkahwinan.
Tetapi soalnya kali ini ialah perbuatan melawan cinta.

            Peserta tersebut bertanyakan kepada saya, apakah dengan mengelakkan diri daripada mendengar lagu cinta termasuk nasyid cinta, maka dirinya boleh terelak daripada terjebak ke dalam cinta.
Hakikatnya, cinta tidak perlu dilayan atau dilawan. Hanya dengan mengingatinya dengan cara apa sekali pun, seseorang itu sudah pun duduk di bawah pengaruh cinta. Mengingati cinta lalu melayannya, ada akibat yang kita sedia maklum. Mengingati cinta lalu melawannya, juga ada kesan yang tidak baik.
Macam mana cara orang melawan cinta?”, saya bertanya.
Peserta tersenyum-senyum. Begitu juga dengan penyoal.

         Bercakap kasar dengan lelaki atau bercakap pedas dengan perempuan?”, saya mengemukakan cadangan tentang cara biasa melawan cinta.

MELAWAN CINTA

           Biasa benar saya bertemu dengan muslimat yang mahu melawan cinta, bercakap dengan lelaki seperti seorang askar bertitah kepada anak buahnya. Kalau sekali pun al-Quran menganjurkan perempuan supaya jangan melunakkan suara ketika bercakap dengan lelaki ajnabi, tidak pula sekali-kali al-Quran mengajar alternatifnya begitu.
Cakap biasa sudahlah.

            Jika sudah biasa bercakap kasar dengan lelaki kerana kononnya sedang memerangi cinta, lama-lama sudah bercinta dengan suami pun masih terbiasa bercakap kasar. Itu penangan melawan cinta.
Sama juga dengan yang lelaki.
Kalau melawan cinta itu caranya ialah dengan me’laser’ perempuan, bercakap yang pedas-pedas hingga teresak-esak setiap perempuan yang berurusan dengannya, hati-hati! Jangan pula selepas berkahwin nanti pun, bermulut pedas kerana pengalaman bujang menentang cinta, lebih lama dari pengalaman kahwin menyuburkan cinta.

MENGELAK CINTA

            Habis, apa caranya untuk mengelakkan diri dari bercinta?
Oleh kerana lawan pun kena, layan pun sama… maka cara terbaik mengelakkan diri dari cinta di luar masa, ialah dengan MELUPAKANNYA.

             Cara untuk melupakan cinta bukanlah dengan memikirkan cara melupakannya. Itu bukan lupa, tapi mengingati cinta secara melupakannya!
Sesungguhnya kaedah terbaik untuk melupakan cinta, ialah dengan menyibukkan diri dengan hal-hal lain yang lebih sesuai dengan masanya.
  • Sibukkan diri dengan pelajaran dan pengajian seoptima mungkin.
  • Sibukkan diri dengan kerja-kerja persatuan, aktiviti kemasyarakatan dan lain-lain kegiatan yang bersifat “memberi”.
  • Sibukkan diri dengan kerja dakwah, kerana dakwah bukan boleh berhasil terus dengan kesediaan. Ia memerlukan latihan, pendedahan, proses buat betul dan buat salah… dan zaman pelajarlah masa terbaik untuknya.


Apabila tiba masa untuk berumahtangga, barulah masukkan cinta dalam agenda ketika diri sudah pun biasa dengan kesibukan, iaitu realiti sebenar kehidupan yang jauh dari angan-angan.


ABU SAIF @ www.saifulislam.com



so...terpulangla kat diri masing masing ye...ni sekadar perkongsian semata mate :)
sehingga ketemu lagi....smile :D

Sunday, December 4

caRefoUr ^_^

              gud mownink sume... :)

    korg penah g carefour x?pena x?? mesti pena kan...lau x masuk pown mesti korg pena lalu kan...kan?hehehe  Semalam cik wat CW kat carefour Alamanda...tahu CW tu ape? CW tu Casual Worker.. CW ni keje 10 jam je..1 jam RM10.. so, satu hari leh dpt RM 100 la :D  Korg try la time2 cuti...jdi cashier xde la penat mane...lagi2 kat Alamanda tu.. sebab tmpt tu kat tok org2 yg high standard..(high la sgt kan..cik ni biase2 je selalu gak g)hehehe... bukan sume yg dtg high standard laa..ape la cik neyh,,, tapi majority nye laa... 


          kalau korg pernah tengok logo neyh,,mesti korg pernah punyer..kan? ni la logo carefour... ramai ckp barang2 kat carefour murah..tapi bagi cik xpown..tesco o giant ag best,ag murah..... sebab tu even cik jadi cashier kat carefour..cik tetap bershopping kat tmpt len.. :)  Kadang kadang je cik beli barang kat carefour.. lau terdesak laa.. ha, cik nak cite kat korg sal beberapa keluarga yg mencuit hati cik semalam... cik yg ngah otw nk penat mase tuh, terus segar sbb tergelak..kelakar la dorg...

          cik cite yg satu family ni dulu.. dorg datang 5 org.. ade ayah dye, ade umi dye..ade sorg ank perempuan n 2 org ank laki dye... mase ngah scan2 barang, cik terdengar la dorg berbual... anak perempuan dye tanye umi dye... " umi,arini umi nak masak ape?" umi dye pown jawab, "umi malas la nk masak arini, kite makan sarden lagi la mcm semalam..." pastu ank dye berkate, "asyik sarden je...lau duduk ngan opah, ari2 makan sedap..ade lauk lemak, ade asam pedas, ade lauk sup sayur...macam ade...balek umah umi makan sarden jer.." then umi dye pown ckp kat abah dye, "tengok la ank awak complain je tahu.." ayah dye senyum jer... kelakar la dorg... nampak sgt umi dye malas nk masak..hahahah

             ade ag satu family neyh... dorg da shopping2.. mase nk bayar, wife yg bayar,,kai credit card.. total dorg RM 568 n bape sen ntah.. ngah proses tunggu resit card credit kua... wife tu ckp kat suami dye, " ha, terlebih quota neyh..bak cni RM 68.. cepat.." suami dye cakap " ishh,,tu pown nak berkire..." wife tu pown ckp ag..mestila, my money is mine..yours also mine...hahahha" then dorg blah... macam2 ragam kan... cik suke kerja kat carefour neyh.. leh jumpe macam2 org... leh bercakap ngan org puteh.. ade skali tu, ade org French amek gambar ngan cik... suke giler cik.. dye ckp tu first time dye dtg Malaysia... dye x pernah jumpe org yg kai tudung.. tu dye excited sgt pai nk amek gambar... malu2 la cik mase tuh..hahaha


           oke la.. cik cite takat ni je dulu ae.. cik nk wat bfast... agpown sat g cik nk ciap2.. g wat CW lagi :)
oke korg..jangan lupe singgah carefour jupe cik ;)



smile always~
      

Thursday, December 1

aku hanyalah lelaki ego

                     salam para pembace.... :) Hari ni cik nk korg bace ni... love story again ♥ 




ni cite sal sorg laki ni... bace tau..bace tau,,,



Dia terlalu sayangkan aku. Itu yang aku sangat pasti. Atas sebab itu aku rasa terlalu selesa kerana aku yakin dia tak kan meninggalkan aku. Dia sanggup mengetepikan kepentingan diri sebab nak menjaga hati aku. Sering aku biarkan dia memujuk dirinya sendiri bila dia merajuk. Buat apa aku nak pening-pening pujuk dia kalau dia sendiri akan kembali padaku dan meminta maaf atas keterlanjuran sikapnya sendiri. Sebarang perselisihan, dia yang akan mengalah dan dia akan menyalahkan dirinya sendiri walaupun jelas memang salahku.
Dia wanita yang rela berkorban apa sahaja kecuali satu,

dia tak mahu dirinya disentuh sebelum kami memiliki ikatan yang sah


. Dan atas sebab yang satu itu aku rasa dia perempuan yang membosankan. Nak pimpin tangan pun tak boleh. Apatah lagi nak peluk. Ada pun bergesel bahu itu pun sebab aku yang sengaja. Sampai satu tahap aku rasa dia sangat membosankan. Aku cemburu tengok kawan-kawan aku boleh pegang tangan awek diorang. Tapi aku? Bila aku cakap macam tu, dia cuma senyum dan cakap pada aku, “Belum tentu perempuan yang sentuh boyfriend dia tu sayang boyfriend dia lebih dari saya sayang awak… Belum tentu perempuan tu ada masa susah senang boyfriend dia macam saya ada untuk awak…”

Yang nyata, aku langsung tak setuju jawapan dia tu. Aku tengok pasangan lain bahagia, sudah tentu girlfriend kawan-kawan aku sayangkan mereka sebab girlfriend masing-masing membelai kawan-kawan aku dengan penuh kasih sayang. Tapi aku? Jangan harap. Balik-balik jawapan yang sama. Tunggu lepas kahwin. Aku bosan tahu tak! Sampai satu masa aku dah tak tahan lagi. Aku minta kami berpisah. Aku nampak air matanya berlinang tapi sikit pun aku tak rasa kasihan.


“Mungkin kita tak ada jodoh. Awak lelaki yang baik. Awak berhak dapat perempuan yang lebih baik. Saya nak awak janji dengan saya satu benda, untuk kali terakhir. Satu hari nanti bila awak jatuh cinta dan awak betul-betul sayangkan dia, hargai perempuan tu. Mudah-mudahan perempuan tu akan sayang awak, terima awak seadanya, hormati awak sebagai lelaki dan yang paling penting bahagiakan awak. Saya akan bahagia tengok awak bahagia,”



tu kata-kata terakhir dia untuk aku. Dia senyum walaupun air mata berlinang.
Argh! Tak habis-habis nak tunjuk mulia. Bosanlah dengan perempuan macam ni. Malas aku menghadap dia lama-lama. Cepat-cepat aku nak blah dari situ. Tiba-tiba ada bunyi hon dan sedar-sedar aku sudah tersungkur di seberang jalan. Satu dentuman yang kuat bergema dan aku lihat dia terbaring di hadapan sebuah kereta. Dia selamatkan aku! Lelaki yang dah menyakitinya! Darah membuak-buak keluar dari kepalanya. Ambulans datang dan membawa aku dan dia pergi.

ni la kowt kete yg langgar girl tu..hehhee

              Di hospital keadaan kelam kabut. Dia perlu dibedah segera kerana kecederaan teruk di kepala. Ramai kawan-kawan dan keluarganya turut ada sama. Aku tengok seorang wanita yang hampir sebaya ibuku menangis. Mungkin ibu dia. Mengalirnya air mata seorang ibu kerana aku. Rasa bersalah menimpa aku. Aku dah sakiti dia tapi dia rela berkorban nyawa untuk aku. Aku berdoa semoga dia selamat. Semoga aku sempat meminta maaf. Semoga masih ada ruang dalam hati dia untuk aku. Dia sangat baik. Aku tak mahu kehilangan dia. Dia ikhlas sayangkan aku.



            Selepas beberapa jam pembedahan selesai. Dia berada di dalam ICU. Dia koma, tapi doktor kata dia masih mampu mendengar. Tiba-tiba seorang kawannya menghampiri aku. Kawannya menghulurkan sesuatu. “Aku rasa benda ni dia nak bagi pada kau,” hanya itu yang gadis itu ucapkan pada aku. Kawannya terus berlalu selepas itu. Pandangan kawannya pada aku penuh benci. Tahukan kawan dia tentang kejadian sebenar? Yang nyata aku tak pernah mahu berbaik dengan kawan-kawan dia. Pernah juga dia bersuara tentang hal itu tapi aku sekadar buat tak tahu.
Pulang sahaja aku buka bungkusan itu. Pasti hadiah untuk hari lahirku. Hari lahirku dua minggu lagi. Balutan kertas itu kubuka dan di dalamnya ada botol kaca berbentuk hati. Di dalam botol itu penuh dengan origami berbentuk bintang. Ada kad kecil berwarna biru kegemaranku. Aku sebak membaca bait-bait dalam kad itu.


“Dalam origami bintang ni ada kata-kata saya untuk awak. Awak buka setiap hari SATU sahaja. Mungkin saya tak dapat nak hubungi awak setiap hari sebab kesibukan kerja. Tapi, bila awak baca setiap hari, anggaplah setiap hari saya berhubung dengan awak. Saya nak awak tahu setiap masa awak ada dalam hati saya. Happy Birthday sayang…”




        Aku buka botol kaca berbentuk hati itu dan kuambil satu bintang. Kubuka origami itu dan di dalamnya tertulis,

“Love is like a poisonous mushroom. You don’t know if it is the real thing until it is too late..”



        Aku tersenyum sendiri. Aku buka lagi bintang yang seterusnya. Walaupun dia meletakkan syarat satu hari cuma satu. Di dalam semua origami itu penuh kata-kata semangatnya untuk aku dan suara cintanya yang ikhlas. Demi Allah, sepanjang aku bergelar lelaki dewasa, inilah pertama kali aku menangis semahunya. Air mata aku tak berhenti mengalir sepanjang membaca kata-kata dalam origami itu sehingga habis semuanya kubaca. Aku telah menyakiti seorang wanita yang luhur.
Aku melawatnya di hospital. Walaupun mukanya penuh calar, bibirnya pucat dan kepalanya berbalut, dia tetap cantik di mata aku. Dia bukanlah wanita yang memerlukan make up tebal kerana dia memiliki kecantikan asli. Atas sebab itu aku menghalangnya terlalu rapat dengan mana-mana lelaki kerana gusar jika ada yang tertarik. Dia sekadar menurut. Demi menjaga hati aku. Aku capai tangannya yang berselirat dengan pelbagai wayar yang aku pun tak tahu. Sejuk tapi betapa lembutnya tangannya. Pertama kali aku menyentuhnya.
Aku bisikkan ketelinganya,

“Sayang..saya datang… Cepatlah sedar. Saya rindukan awak. Saya banyak bersalah pada awak. Saya minta maaf,”


          pertama kali aku minta maaf darinya. Tiba-tiba denyutan nadinya jadi tidak menentu. Aku panic.
“Hei, apa yang kau dah buat pada dia? Tak cukup kau sakiti kawan aku?” jerkahan kawannya mengejutkan aku. Doktor dan beberapa jururawat bergegas masuk dan aku diminta keluar.
Setiap hari aku berdoa supaya dia cepat sembuh, cepat sedar. Aku gusar sekiranya Allah mengambil nyawanya. Bukan aku tidak redha dengan ketentuan, aku sedar aku masih perlukan dia. Aku sayangkan dia. Genap dua minggu, aku mendapat berita dia sudah sedar. Aku bersyukur. Inilah hadiah hari lahir yang paling bermakna untuk aku. Dia juga sudah dipindahkan ke wad biasa. Aku mahu melawat dia. Aku rindu senyuman dia.
Aku mendapat panggilan telefon yang meminta aku mengambil tempahan. Namun kerana terlalu gelojoh, aku terlanggar botol kaca bentuk hati pemberian dia. Ah, semuanya akan aku uruskan nanti. Aku biarkan serpihan kaca bertaburan di lantai.
Tak sangka dia menempah kek khas untuk aku. Dia atas kek itu tertera bahagian belakang jersi pasukan bola sepak kegemaranku, Arsenal berserta namaku dan nombor kegemaranku. Aku senyum sendiri. Bahagianya aku.



            “Abang bertuah. Girlfriend abang cakap dia tak tahu apa-apa fasal bola. Dia cuma tahu pasukan apa yang abang minat dan nombor yang abang suka. Sebab tu dia tempah kek ni khas untuk abang dan minta abang ambil sebab dia nak buat surprise. Dia cakap dia nak makan kek ni dengan abang. Kakak tu cantik, baik pulak tu. Abang kirim salam pada akak ya? Abang jaga akak tu elok-elok,” ramah gadis yang bekerja sebagai juruwang di kedai itu memberitahuku. Aku senyum sepanjang jalan ke hospital.




       Sampai di hospital aku lihat dia sedang duduk di atas katil. Tiada sesiapa bersamanya. Dia sekadar termenung. Aku senyum padanya. Dia seakan terkejut melihat aku datang. Aku terfikir juga, boleh ke orang sakit makan kek? Tapi kan dia nak makan kek ni dengan aku.
“Sayang.. terima kasih kek ni. Saya happy sangat awak dah sedar. Adik cashier kedai tu kirim salam pada awak. Dia cakap awak nak makan kek ni dengan saya. Saya suapkan ya?” aku suakan sudu pada dia. Tapi sesuatu yang aku tak pernah duga, dia tepis tangan aku sampai sudu terpelanting ke lantai. Dia tak pernah kasar dengan aku. Dia selalu melayan aku dengan lembut. Aku pernah cuba pegang tangan dia pun dia tolak dengan baik. Mungkin dia terlalu terluka dengan aku.


          “Baliklah. Saya makin sakit tengok awak. Bawak balik kek tu sekali. Saya tak nak tengok apa-apa berkaitan awak lagi,” pantas dia menarik selimut menutup muka. Aku terkedu sendiri. Dia tak mahu pandang aku lagi. Hati dia dah tertutup untuk aku. Dia tak pernah macam ni.


       Selang beberapa hari, aku datang lagi tapi katil dia sudah kosong. Aku risau jika apa-apa yang buruk berlaku padanya. Dari jururawat aku tahu dia sudah dibenarkan pulang kerana keadaanya sudah stabil. Tapi yang mebuatkan jantung aku hampir gugur bila jururawat itu memberitahu dia masih menjalani rawatan susulan dan terapi kerana dia lumpuh. Dia lumpuh kerana aku!
Itu semua tiga tahun yang lalu. Sejak kejadian tu aku tak pernah jumpa dia lagi. Tahu apa-apa khabar berita pun tidak kerana aku memang tak pernah nak berbaik dengan kawan-kawannya. Walaupun sudah tiga tahun tapi aku masih merinduinya. Aku tak jumpa wanita yang mampu menyayangi aku lebih dari dia. 

       
         Ah, panjangnya menung aku sampai nasi di hadapan mata sudah hampir dingin.
Baru aku hendak menyuap makanan ke dalam mulut, mataku terpaku pada satu wajah yang duduk selang beberapa meja dari aku. Dia? Aku pasti tu dia. Senyum dia masih sama. Tapi keadaan tidak lagi serupa. Dia sedang makan bersama lelaki lain. Sesekali aku lihat dia mengusap perutnya. Dia mengandung. Maknanya dia sudah kahwin. Dan aku lihat lelaki yang juga makan di sebelahnya mengusap-usap tangan dia. Pasti itu suaminya. Dan aku sedar aku tak setanding suaminya sebab lelaki itu kelihatan lebih serba-serbi dari aku. Air mataku rasa ingin mengalir. Senyuman mahal milik dia yang dulu cuma untuk aku kini khas buat lelaki lain.

bahagia dah dye ek :)

             Suaminya lelaki bertuah. Itu aku tak nafikan. Cuma suaminya yang dapat menyentuhnya. Cuma suaminya yang dapat melihat apa yang terlindung. Dan aku sangat pasti, cuma suaminya yang mendapat takhta paling agung dalam hatinya yang suci.


             Dia seperti botol kaca berbentuk hati yang pernah diberikan padaku dulu. Botol itu sudah pecah, namun aku sudah ganti dengan yang baru. Yang sama tapi tak serupa. Botol yang lama dipilih oleh dia dan yang baru dipilih oleh aku. Walapun aku masih menyimpan serpihan kaca botol itu, bentuknya tak lagi sama macam dulu. Dan sangat mustahil untuk kembali seperti dulu.


Pesanan buat semua lelaki, hargailah wanita yang menyayangi kamu. Jangan jadi macam aku. Matanya sangat cantik tapi aku selalu biarkan dia mengalirkan air mata dengan perbuatanku. Hidungnya yang kecil dan comel selalu aku sesakkan dengan asap rokokku walaupun aku tahu dia tak suka dan asap rokok boleh buat dia sakit kepala. Bibirnya sangat indah tapi aku selalu biarkan bibir itu tersenyum paksa kerana mangalah dengan setiap kemahuanku. Telinganya aku tak pernah nampak, terlindung, tapi telinga itu sering aku biarkan menerima segala marahku. Hatinya sangat lembut, dan aku selalu toreh dengan belati tajam dan aku biarkan dia merawat sendiri luka itu.


Akhirnya, aku hanyalah lelaki ego yang tak memiliki apa-apa kerana dia sudah dimiliki orang lain.



so,ni pengajaran tok diri kite :)  jgn sesekali lukekan ati org yg sayang kat kite.. nanti kite yg rugi :)
okelah.. smile byk ckit :) :) bubbye~


Wednesday, November 30

10 Faktor Memilih Pasangan

                               salam satu Malaysia readers sekalian :)   
  arini cik nk kongsi satu artikel yg cik dapat dari lappy cik..ntah sejak bile ntah srtikel ni wujud...huhuhuh  hope korg enjoy bace ni...n dapat manfaat darinye :D 

setiap org impikan sebuah keluarga yg bahagia kan...so kite kne usaha! aja aja fighting!



                    Kebanyakan daripada rumah tangga runtuh yang bermasalah sejak hari pertama tak lain tak bukan adalah kerana kedua-dua orang yang terlibat tersalah pilih pasangan, itu sahaja. Pilihan pasangan hidup anda adalah lebih penting dari apa jua yang anda lakukan untuk membahagiakan rumah tangga anda. Itu mungkin bunyinya seperti mudah sahaja dilakukan, tetapi anda akan terkejut dengan peratusan tinggi orang yang tidak sabar sabar melangsungkan perkahwinan sehingga mereka tidak menumpukan masa dan usaha yang diperlukan untuk membuat keputusan yang baik. Jika anda ingin memastikan perkahwinan yang memuaskan dan berkekalan, timbangkan factor-faktor berikut : 

1. TEMPOH MASA PERKENALAN. 

Kajian menunjukkan bahawa pasangan yang telah berkenalan selama dua tahun atau lebih kesemuanya lebih berpuas hati dengan perkahwinan berbanding pasangan yang berkenalan dalam jangka masa yang lebih pendek. Apabila pasangan bersedia mengambil keputusan yang melibatkan perkahwinan selepas hanya berkenalan selama beberapa bulan, keputusan itu kebanyakannya lebih berdasarkan khayalan dan kurang berdasarkan hakikat . 

2. MEMILIH PASANGAN SENDIRI 

Orang sering memilih pasanagn semata mata untuk menggembirakan orang lain ayah , ibu atau kerana orang menyuruh mereka berkahwin. Tetapi amat penting agar orang yang hendak kahwin itu sendiri gembira denagn pilihannya. Keputusan anda hendaklah dibuat berasaskan keperluan dan impian anda sendiri. Anda juga patut mendengar pendapat sahabat handai dan kaum keluarga dengan teliti, tapi jangan sampai biarkan orang lain memilih pasangan hidup anda. 

3. HARAPAN YANG TIDAK WAJAR TENTANG PERKAHWINAN 

Kebanyakan rumah tangga gagal kerana tidak mendapat apa yang mereka impikan sebelum berkahwin. Ramai lelaki dan wanita memasuki alam perkahwinan dengan sangkaan bahawa pasangan mereka akan memenuhi semua keperluan mereka dan bahawa perasaan romantik mereka semasa bercinta akan kekal abadi. Sebenarnya rumah tangga yang bahagia memerlukan begitu banyak usaha, kesabaran dan ketabahan. 

4. MASALAH KEPERIBADIAN DAN TINGKAH LAKU 

Keperibadian dan tingkah laku tidak akan hilang apabila anda berkahwin. Jika terdapat cirri-ciri keperibadian dan tingkah laku pasangan anda yang menimbulkan persoalan, seperti cemburu, panas baran, tidak bertanggungjawab, tidak jujur dan degil. Tanya diri sendiri sama anda sanggup untuk menghabiskan masa anda sehingga ke akhir hayat untuk menangani masalah ini. Nyata sekali , jika pasangan yang dalam pertimbangan itu menghadapi masalah dadah, kaki botol dan sebagainya , anda sepatutnya memastikan masalah itu telah diselesaikan jauh lebih awal sebelum perkahwinan anda. 

5. BANYAK PENGALAMAN HIDUP 

Pemilihan pasangan hidup melibatkan ramalan tentang bagaimana anda berdua akan hidup bersama sepanjang tahun tahun akan datang. Pengalaman disini bukan bermaksud usia .Pengalaman yang dilalui tidak bergantung dengan usia seseorang. Pengalaman lelaki dan wanita mengharungi susah senang bersama amat bermakna dalam perhubungan. Jika boleh lalui waktu waktu susah dan senang bersama pasangan anda. Ambil contoh yang mudah saja ,misalnya melalui lalu lintas yang sesak, jalan jalan kampung yang becak . Dari situ , dia akan menunjukkan siapa dirinya yang sebenarnya. 

6. BAYANGAN ORANG YANG INGIN ANDA KAHWINI 

Bayangan ini tidak anda sedari pada umumnya , namun ia amat mempengaruhi anda. Bayangkan dengan jelas sifat-sifat orang yang ingin anda kahwini. Fikirlah dengan panjang dan mendalam tentang faktor - penampilan, kepintaran, pendidikan , kerohanian dan sebagainya. Pemikiran bawah sedar anda boleh menghantui sesuatu hubungan . Berpeganglah pada bayangan anda ini, jika tidak anda akan menginginkan orang lain buat selamanya. 

7. PASANGAN YANG BERSIFAT SEAKAN AKAN DIRI ANDA 

Pasangan yang mempunyai terlalu banyak perbezaan sifat nya , akan memerlukan usaha yang lebih untuk memastikan rumahtangga yang dibina kekal bahagia. Lebih banyak memerlukan toleransi dan pemahaman. Tak ramai pasangan mampu bertindak sebegini. 

8. MEMPUNYAI CITA CITA YANG SEIRING 

Jika orang yang anda kahwini bercita cita jauh lebih rendah atau lebih tinggi daripada anda, mungkin anda berdua akan kecewa. Masalah akan timbul jika anda berusaha mendaki puncak kejayaan tetapi pasangan anda telah berpuas hati dengan apa yang telah anda berdua miliki. Perbezaan sifat mungkin menarik hati ketika sedang melamar , tetapi ia akan menyebabkan banyak kekecewaan sepanjang perkahwinan. 

9. KEBOLEHAN BERKOMUNIKASI 

Kebolehan berkomunikasi sangat penting demi kebahagian rumah tangga. Kesejahteraan perkahwinan bergantung kepada tahap komunikasi suami isteri. Adalah penting kedua dua pasangan menguasai kemahiran bertutur dan mendengar. Banyak rumah tangga hancur kerana masing masing tidak pandai menyatakan hasrat masing-masing dengan cara yang boleh diterima oleh pasangannya. Hasrat dipendam tanpa komunikasi berkesan. 

9. KEBOLEHAN MENYELESAIKAN PERTELINGKAHAN 

Pasangan perlu tahu yang mereka berkemampuan untuk menyelesaikan pertelingkahan sebelum mereka berkahwin. Jika pasangan tidak tahu cara yang berkesan untuk menangani perselisihan pendapat antara mereka, Rumah tangga mungkin akan runtuh. Banyak rumah tangga runtuh kerana suami isteri tidak tahu menangani perbezaan diri mereka berbanding sebab sebab lain. Amat perlu menilai kemahiran perdamaian masing masing sebelum berkahwin. 



sebenarnye x penting kite knl bape lame dah..yg pentingnye bape banyak kite hias ngan warna2 kebahagian sepanjang perkenalan kite :)
                                                                 
P/S : NO. 1 Tak tahu kajian dilakukan dimana. Rasanya tak semua perkenalan jangka pendek gagal dan perkenalan jangka panjang berjaya . Kemungkinan perkenalan jangka panjang lebih banyak berjaya disebabkan peratusan berkahwinan berdasarkan perkenalan jangka panjang lebih tinggi berbanding jangka pendek. Tapi kan saya rasa, perkenalan jangka pendek boleh juga berjaya , asal saja pasangan tersebut sedia menghadapi segala risikonya, dan redha . Mana mungkin kita boleh mengenali orang sepenuhnya hanya dalam masa beberapa bulan. Boleh saja tempoh perkenalan tersebut dilanjutkan sehingga selepas berkahwin. Emm apa- aperpun kita hendaklah bersedia menghadapi segala kekurangan dan kelebihannya. Sya rasa, kebanyakan pasangan dahulu kala banyak yang berjaya, bukan la disebabkan mereka serasi atau pasangan yang ideal tetapi kerana mereka telah masing masing redha diatas kelebihan dan kekurangan masing masing walaupun mengetahuinya hanya selepas berkahwin dan bersyukur seadanya. 



~happy ending <3