♥ ♥ dear husband ♥ ♥

♥ mencintai yang halal itu pasti lebih indah ♥

Friday, February 22

21st feb ♥♥ 21st years

happy bufday to me..
happy bufday to me..
happy bufday to cik syikin la...
happy bufday to me :)

hai uollsss....
assalamualaikum....
selamat sejahtera.....
kepada uoollss2 yg xtahu tu,,,
semalam ialah birthday cik :) :)

potong kek time!!

taraa...
adiah dri roomate :)

my roomate...miera..
dye org petame yg wish :D

acely neesah yang paling excited nk jdi org pertama yg wish...
neesah? xkenal? roomate cik mase kat cfs dulu tu :)


bace twitter dye semalam ketawa macam nk pecah perot...
bole tetukar date...
next year no kompromi ye neesah :P


and....
taraaa......
my birthday cake... :)
sponsor by one of my classmate kat UIA ni...
macam2 tahu2 je ni feveret kek cik :D
acely mmg yg sponsor ni tahu pown...sebab dalang surprise party semalam (alyaa & munirah) yg habaq kat dia...


tibe la mase gambar gambar :D


sue mmg teman cik yg lawak n peganti neesah bab2 begambar ni ;)

azie hang suap cik tp mata pandang kamera..
baguihh latuh :P


calit2 time! ^^



 

sue la mangsa utama..
sebab dye start dulu !


abis dahhh...peaceee :)

oke lah... oleh sebab tahun ni byk kwn2 n family cik sendiri doakan cik lebih matang.. (lebih matang ye, means b4 ni matang jer) :P
so, cik akan cubalah matang matangkan diri ni..hehehe

doakan cik success dunia akhirat yo :D
bubbye..smile :)

p/s: maaf, gambar ketua dalang (alyaa) xde,,sebab dye xkai proper malam td...


Tuesday, February 19

♥♥♥ Kamu Saja ♥♥♥





Sayangku bagiku kau mempersona
Kau sempurna kau terima aku seadanya
Walaupun hidup tak selalunya indah
Hariku indah kerna kamu selalu ada


Hanya kamu saja
Yang mampu membuatkan ku terbang tinggi
Kamu saja yang mampu membuat tidurku lena
Kamu saja yang mampu membuatku mimpi ku indah
Kamu saja yang mampu membuatku diriku gembira


Tak pernah terlintas di hatiku ini
Untuk curangi dan berpaling pada yang lain
Namamu saja yang terukir di hati
Kau menerangi diriku dikala ku sepi


Hanya kamu saja
Yang mampu membuat mimpi ku indah
Kamu saja yang mampu membuatku selalu ceria
Kamu saja yang mampu membuat aku tertawa
Kamu saja yang mampu membuatku jatuh cinta
Kamu saja yang mampu membuat diriku bahagia

Sayangku bagiku kau mempersona
Kau sempurna kau terima aku seadanya
Walaupun hidup tak selalunya indah
Hariku indah kerna kamu selalu ada

Hanya kamu saja
Yang mampu membuatkan ku terbang tinggi
Kamu saja yang mampu membuat tidurku lena
Kamu saja yang mampu membuatku mimpi ku indah
Kamu saja yang mampu membuat diriku gembira



Monday, February 18

Prof Dr Muhaya





hye assalamualaikum readers :)

tadi cik saje melayan muka buku...pastu tebace la Prof Dr Muhaya punye post...
sangat menaik...kena ngan diri cik dan juda mahasiswa mahasiswi kat lua sane tu..
so ape kate kite luangkan mase kejap bace ilmu yg berfaedah ni ^^

10 Ucapan Paling Beracun Seorang Penuntut Ilmu

1. 'Saya Tidak Tahu di Mana Nak Mula.'
Ini masalah biasa. Jangan gelabah. Biasalah, kalau kita bingung dengan jumlah subjek yang banyak untuk di-pelajari. Mulakan dengan menyenaraikan semua perkara yang kita perlu tahu dan yang boleh dicari daripada sukatan pelajaran atau segala yang diberitahu oleh pensyarah. Bahagikan beban kerja pada beberapa bahagian yang boleh diurus. Belajar mengutamakan kerja yang utama dan jadualkan masa kita secara realistik. Displinkan diri dengan membiasakan diri kita selama beberapa minit tempoh antara kuliah untuk megulangkaji nota-nota kuliah. Elakkan menangguh kerja ke saat-saat akhir dan mula belajar seawal mungkin dengan tempoh minima empat jam sehari.

2. 'Banyaknya Nak Belajar, dan Masanya Pula Sikit.'
Bijak bertindak. Pastikan kita amalkan BTU (Baca awal, Tumpu, Ulangkaji) terhadap kuliah-kuliah kita. Buat helaian rumusan pengajian untuk semua subjek yang ada. Kerja ini boleh dipermudahkan dengan kumpulan belajar kita. Rumusan ini termasuklah nota kuliah, tutorial, pembelajaran berasaskan masalah dan kerja-kerja makmal yang perlu disaling-kaitkan. Kenalpasti topik-topik yang paling penting yang diberi penekanan oleh pensyarah dan bahagian-bahagian yang sukar difahami.

3. 'Susahnya Subjek Ini, Saya Tak Faham Langsung!'
Bersabarlah! Mempelajari ciptaan Tuhan yang paling tinggi sudah tentu tidak mudah. Tetapi percayalah pada pesanan saya, sebaik sahaja kita memperolehi ilmu pengetahuan, ia akan memberi kepuasan dalam hidup kita. Anggapnya sebagai suatu cabaran. Pendekatan yang baik ialah dengan berbincang dengan rakan- rakan lain dalam kelas. Kita akan rasa lega apabila diberitahu rakan-rakan lain juga mendapati subjek itu sukar. Beranikan diri buat temu janji dengan pensyarah untuk mendapatkan penjelasan bagi bahagian-bahagian yang sukar. Pensyarah sudah tentu amat suka untuk membantu. Secara peribadi saya berasa amat gembira apabila penuntut bertanya kepada saya. Satu perkara penting perlu diingati, bahawa lebih sukar sesuatu subjek itu, lebih berguna ianya untuk masa pratikal klinikal dan pengajian lanjutan lepas ijazah.

4. 'Saya Baca, Saya Faham, Tetapi Saya Tak Boleh Ingat Langsung.'
Berbincanglah. Kita akan ingat lebih baik bagi perkara-perkara yang dibincangkan secara mendalam. Hasil penyelidikan telah menunjukkan bahawa kita ingat 70% daripada apa yang kita bincangkan. Cuba kaitkannya dengan sesuatu yang bermakna kepada kita. Semasa berbincang, cuba kaitkan topik tersebut dengan contoh-contoh sendiri. Cuba salingkait subjek dengan apa yang kita pelajari sebelum ini.

5. 'Agak-agaknya Saya Faham.'
Jangan terlalu yakin. Uji diri sendiri dengan berbincang mengenai subjek tersebut. Bina soalan-soalan dengan rakan-rakan kita mengenai bahagian-bahagian penting dan uji sesama sendiri. Sentiasa ingat fakta yang ditekankan oleh pensyarah semasa dalam kuliah. Kaji hubungkait antara setiap topik. Cuba bina soalan-soalan peperiksaan kita sendiri untuk topik yang dibincangkan dan beri jawapan.

6. 'Banyaknya Nak Kena Ingat.'
Susun atur maklumat kita. Maklumat lebih mudah diingati jika dipersembahkan dalam bentuk rangka kerja yang tersusun supaya maklumat boleh diperolehi semula dengan cara yang sistematik. Ada banyak teknik yang dapat membantu kita menyusun atur maklumat baru.

7. 'Baru Sebentar Tadi Saya Ingat.'
Kaji semula. Selepas membaca satu bahagian kaji semula dan amalkan output learning iaitu mengeluarkan kembali fakta yang dipelajari. Cuba reka soalan mengenai bahagian tersebut dan jawab. Jika kita tidak boleh ingat lagi, baca semula pada tempat yang kita tidak ingat. Lebih banyak kita mengambil masa untuk belajar, lebih banyak yang boleh diingat. Walaupun kita boleh ingat kesemua fakta, kita masih perlu terus belajar kerana pembelajaran berterusan boleh menjadikan bahan yang dipelajari tidak mungkin dilupai. Dengan kata lain kita tidak mungkin terlebih belajar. Walau bagaimanapun, bagaimana kita mengatur dan menggabungkan maklumat baru amat penting daripada berapa lama kita mengambil masa untuk belajar. Bukan berapa lama kita belajar yang penting tetapi berapa banyak yang kita perolehi semasa sesi belajar itu lebih penting. Berapa banyak yang kita telah pelajari boleh dibuktikan daripada jumlah soalan yang boleh dijawab. Cuba sediakan soalan berbentuk esei dan jawab sendiri, kemudian cuba jawab soalan aneka pilihan untuk mengukuhkan apa yang telah dipelajari.

8. 'Tapi Saya Suka Belajar Atas Katil Saya.'
Ini tidak baik. Ambil berat terhadap pelajaran kita. Membaca buku untuk pengajian tidak sama dengan membaca buku cerita. Kita mesti belajar dengan kertas dan pen di tangan dan catat atau buat rajah untuk belajar secara aktif. Kita tidak boleh belajar sambil berbaring. Lagi pun, kita boleh ingat semula lebih baik bila situasi belajar sama seperti situasi semasa ujian. Lebih mirip antara suasana belajar dengan suasana ujian, maka lebih banyak bahan yang boleh diigati semasa ujian.

9. 'Saya Belajar Lebih Baik Pada Saat-saat Akhir.'
Ini tidak benar sama sekali. Ingatan bertambah apabila masa belajar meliputi tempoh masa yang panjang. Sudah pasti jika belajar pada saat akhir ada hormon yang boleh dirembeskan akibat tekanan yang membuat kita rasa tangkas, cergas dan bertenaga untuk belajar. Walau bagai-manapun kecergasan ini akan mengakibatkan kita mudah penat dan diserang gelabah terutama sekali apabila kita dapati terlalu banyak yang mesti dipelajari. Belajar di saat-saat akhir adalah sia-sia dan kesannya akan dirasai semasa peperiksaan. Saya pernah melihat rakan saya yang bersikap sedemikian akhirnya terpaksa mengulangi beberapa kertas dan akhirnya terpaksa mengulangi seluruh tahun akademik tersebut dan ada di antara mereka menamatkan pengajian mereka dua tahun lebih lewat daripada sepatutnya ber-banding dengan siswazah lain. Keadaan ini membuat mereka kecewa dan kurang keyakinan diri.

10. 'Saya Akan Berjaga Sepanjang Malam Sehingga Saya Habis Belajar.'
Keadaan ini kurang produktif. Perkara yang amat penting semasa ujian ialah berfikiran cergas. Elakkan keletihan minda. Rehat sebentar berulang kali semasa mentelaah. Sebelum ujian rehatkan minda kita. Adalah amat penting kita menjaga diri kita sebelum peperiksaan. Makan betul-betul, tidur cukup dan bersenam secukupnya dan berdoalah bersungguh-sungguh.


cik copy paste je ni.. so ni memang bulat bulat dri Prof Dr Muhaya. ayat2 ni sume dipetik drpd buku Bagaimana Menjadi Seorang Pelajar yang Baik dan Berjaya. kalau nk bace lagi lanjut, leh dapatkan buku ni kat  http://www.assohwah.com/

selamat beramal.smile :)





Sunday, February 17

where you have been




hyee uollss... cik saje nk share lagu ni...even lagu ni dah berkurun... entah kenape lately ni cik suke plak dengan lagu2 Rihanna neyh..dont know why...huuhuu
oke la, enjoy ur nite..
sambil nyanyi sambil senyum :)

Aku.Tupai.Kucing




HAII !!

assalamualaikum fella fella sekalian ;)
oke, story malam ni not about my sweetie Damia, nor about my naughty bro Ewan...
its only about SQUIRREL - CAT = CIK
huhh?? xrelated pown??
whatever,, belog cik, suke cik la nk cite sal ape..hihihi

harap maaf, semua gambar di entry kali ni sangat tiade kena mengena antara yg masih hidup atau yg sudah tiada..

acely ni cerite tengah hari td..after cik balek dri usrah...
cik yang kepenatan berjalanlah lemah longlai menuju ke bilik...
awat formal sangat neyh??
oke, dipendekkan story, mase cik nk turun tangge nk g bilik cik, ade seekor tupai ni berlari ketakutan (yes, cik bole tgk muke tupai tu, SANGAT TAKOT)..
ngat an tupai tu takotkan ape, upenye ade kucing kat bawah..
tapi biaselah,,da name pown tupai, dya takotkan kan sume benda yg bole memakan diri dya..termasuklah cik..
ehhh,,cik xmakan tupai, cik maksudkan kat sini, tupai pown takot kat manusia, sebab takot manusia ni tangkap dye, kurung dya, dera dya ke.. (pepandai je cik ni)
whatever lah, cik xtahu sgt knpe tupai perlu takot dengan manusia ni, tapi yg pasti tupai yang ketakutan tadi bertambah tambah takot bile nampak cik...xjadi dya nk naik tingkat atas nk selamatkan diri dri kucing tu...habis lintang pukang dya lari ha...kelakar giler time tu...hahahaha
disebabkan kucing kucing kat blok F (mahallah cik) ni penakot penakot belake, kucing tu pown lari bile nampak cik...
teruslah tupai tu amek kesempatan turun tangge balek n terus sembunyikan diri dari cik..
dari cik ke? bukan dri kucing tdi ke? whatever lah...huhuhu

erkk,acely tu je cik nk cite..hahhaa
xde lah, cik saje nk share pengalaman tgk muke tupai yg dalam ketakutan..xsempat nk amek gambar, tupai tu laju sgt,,cik pown mase tu tgah kepenatan...memang xsempat nk snap pape la kan...huuhu

moral value yg cik nampak disini, kite akan cube buat apepown untuk selamatkan diri kite..kan??
walaupun depan belakang kite ade pemangse, kite xkan terus menyerah dan berputus asa.. sebenarnye xpatot pown kite menyerah sebelom berusaha...kan?

and sebenarnye, kite sepatotnye baik dengan semua org, kurangkan musuh, supaya hidup lebih aman selamat dan bahagia :)
kan kan kan??




chakk bhaa ;)
hello..i am the super duper cute monster...
hahahhaa

oke la,,,selamat meningkat iman, kurangkan kontrovesi ;)
bubbye...smile :D




Monday, February 11

haiii 2013 ^^

haii sume... setelah sekian lame tidak melawat blog saudara-saudara sekalian,,maka blog cik ni pown kesunyian juga...
btw, rase mmg da sangat terlewat, tp cik nk wish gak, HAPPY NEW YEAR uollss... :D
GONG XI FA CAI ;)
oke, ni da bulan dua,, so berjalan x azam tahun baru korg??
hmm,,azam cik tahu ni,,,,tettttt
xde azam pown..hahhaa
azam cik setiap hari,,,so setiap hari azam cik akan bertukar ;)


tapi diantara azam yang cik dah tunaikan sepanjang tempoh 2 bulan ni, cik keluar hang out ngan family, and make my whole family really happy..and guess what?? i did it! :D



my mom kne pakse men game kete..hahaha



bowling time :)
ni first time my little sis men bowling,,so intro pendek diberikan..haha


bagi semangat kat my mom..her turn ! 





before gerak ke tempat len, kami sempat bergambar lagi ;)

and now,,,we at Ampangan..
cik punye abang iapar kate views kat situ cantek..so kiteorg follow jela :)

but..but...otw ke Ampangan tu, my abang ipar berhenti kat jambatan ape ntah...yg lawa ni...so kami ambil kesempatan menghirup udara segar sambil bergambar sakan ;)


bergumbira :D




chaakkk! 








peeacee.... abis suda mase bergambar ni sini :)


we enjoy our day that day...sangat best.. sebab dah lame sebenarnye xkua sesame...
bergambar bagai... cume my oldest sister xpat join.. almaklumla, suami dye askar, so kne duty la, kursus la...
damia n farish tersayang xdapat la join kami :(

and now, cik tunjuk gambar di Ampangan ni pula :)


part yang paling penting disini,,,, cik buat mummy cik tersenyum sepanjang hari... really really enjoyable..
super dupper best dapat round Putrajaya ngan family members... <3
i love my mom so much... no one can replace her till the end!




















views kat Ampangan kat Putrajaya...chantek tempat dye... tenang je...ramai gak mase kiteorg dtg tu...
and the most amazing is this tempat sangat bersih.. seyes bersih... ;)
hope another tempat trekreasi pown bersih juga la ye...






melompat keriangan macam bebudak..
haha



oke lah...tu je la untuk permulaan tahun 2013 ni...
hope uollss pown enjoy jugak di tahun ular ni ;)

dont forget to smile :)