♥ ♥ dear husband ♥ ♥

♥ mencintai yang halal itu pasti lebih indah ♥

Tuesday, April 10

O Allah I want to get married


selamat pagi cinta-cinta sekalian :)
saje cik panggil reader-reader sekalian cinta... mood dalam hati ade taman kan  ^_^

ha,,cik nak cite ni... semalam, 9 April, bertempat di Lecturer Hall A (LHA) CFS IIUM,PJ,
telah diadakan satu talk yang bertajuk O Allah! I want to get married.. 
as usuall, if there is a talk about love, married or something that have same meaning to it, dewan mesti penoh... sangat penoh sampaikan cik kne duduk kat tangge... haisshh...
and seperti biase, cik akan pergi talk bersame roomate cik, neesah...
kami x plan pown nak pergi.. kebetulan kawan neesah, umi, lalu depan bilik kami, then cakap ade talk, ustaz ahmad zamri penceramahnyer...


oke, cik nak start kongsi ape yg cik dapat malam semalam..
isu yang dibangkitkan malam tu adalah berkahwin awal.. lebih tepat lagi berkahwin di usia muda..
ustza ahmad zamri memulakan sesi pertama.. soalan yang ditujukan : apakah pendapat ustaz mengenai kahwin awal? bagus ke x? elok ke?

ustaz pown cakap, berkahwin, elok sangat la...
dan ustaz juga ade kemukakan beberapa hadis yang menunjukkan bahawa kahwin awal ni amat digalakkan oleh agama kita...

sesi kedua pula disambung oleh akhi izzat ghazali..
actually dia ni still lagi pelajar UIA Gombak.. dia kos Law..
malam tu dia ditemani rusuk kirinya, ukhti iffah nabillah..
akhi izzat ni disuruh menerangkan apakah halangan untuk berkahwin awal... dan ini jawapan beliau,,,

yang pertama halangan kewangan, kedua pembelajaran dan yang ketiga family..

# kewangan : nak kahwin macam mana kalau xde duit? ye dakk?
nak bagi isteri nafkah macam mane kalau diri sendiri x tersara... ye dakk?
# pembelajaran : xboleh focus sebab teringatkan si dia saja..
banyak komitmen.. 
# family : mak ayah bagi ke kita nak kahwin awal... mereka boleh terima ke kita x abis belajar lagi ni?
macam mane nak cakap yang kita nak kahwin?

kemudian akhi izzat pown terangkanlah satu persatu....

menurut pengalaman yang dia ade, dia kate mula-mula dia mmg sangat risau... nak kahwin, tapi xde duit.. xkan nak suruh mak ayah sponser.. mak ayah pown ade tanggungan lain.. lain la kalau mak ayah Datuk or Tan Sri kan.... so akhi izzat pown mencari altenatif untuk kumpul duit...
dia cakap malam tu, niat untuk berkahwin saje dah pahala :)
so, apa-apa saja usaha untuk berkahwin akan dapat pahala juga.. dan kita kena ingat, Allah akan memudahkan urusan bagi sesiapa yang ingin berkahwin untuk mendapat redhaNya..
akhi izzat cerita, macam-macam pekerjaan dilakukannya bagi mengumpul duit.. menjadi cashier, menjadi juru tol kat Gombak, menulis... dia x kesah sebenarnya, sebab dia kate dia nak kahwin...
sikit sikit lama lama jadi bukit kan... selalu kite dengar pepatah Melayu ni kan... dan akhirnye akhi izzat berjaya kumpul sejumlah wang untuk berkahwin..

disambungnya lagi, jangan diberi alasan sebab berkahwin, pembelajaran merosot.. cube kita renungkan and fikirkan balek,, ramai ke yang kne repeat paper dari golongan yang sudah berkahwin? jarang kan.. yang selalu didengar students kne repeat sebab baru putus cinta, xboleh focus la kononnyer..
jadi, alasan study akan merosot bile kahwin ni x boleh dipakai sangat.. bahkan, jika kita berkahwin semasa belajar lagi, kita akan termotivated(maaf, BM cik xberapa nak cemerlang). kalau dulu sebelum kahwin, kita akan berfikir macam ni "aku lulus ke, failed ke, mase depan aku sendiri..." tapi bile dah berkahwin automatik akan bertukar " kalau aku failed, akan memalukan isteri aku ni,," nampak? secara automatik kite akan mempunyai sebab untuk belajar dengan lebih tekun lagi..

bile masuk bab family, akhi izzat juga menceritakan pengalaman dia.. sebelum dia memberitahu hasrat dia ingin berkahwin, dia telah mentransformkan diri dia dulu.. antaranya, dia mule bergaul dengan masyarakat di kampungnya.. kalau sebelum ni dye x knl pown jiran-jiran dia, tapi untuk membuktikan dia sudah matang dan boleh bergaul dengan semua orang, akhi izzat berusaha untuk mengenali jiran tetangga.. katenye, kalau x start dari situ, macam mane dia nak biasakan diri dengan keluarga rusuk kirinya.. ye dakk? dia cakap lagi, bile da berkahwin nanti, bukan dia kahwin ngan isteri dia saje, dia kahwin ngan keluarga,pakcik makcik, sepupu isteri dye sekali... betol jugak an....
then, akhi izzat merubah pulak perangai budak- budak dia.. perangai budak-budak? macam mane tu?
ala, perangai budak-budak ; tido semula selepas subuh, bangun selepas tengah hari, duk rumah duduk-duduk saja.. and macam macam lagi lah...
akhi izzat mula bertindak sebagai seorang yang dewasa, untuk membuktikan  kepada mak ayah dia yang dia sudah sedia menjadi ketua keluarga.. sehingga mak akhi tekejut dia menolong mak dia menyidai baju...
akhi izzat cakap, sebenarnye bukan mak ayah kita x kasi kita kahwin awal, tapi ibu bapa mane yang x risau bile anak-anak mereka menyatakan hasrat untuk menjaga anak dara orang sedangkan diri sendiri x terjage.. ye dakk? so nyer.. kita kenalah tunjuk bahwa diri kita ni sudah layak untuk pikul tanggungjawab ni...
ubah diri tu dulu.. dapatkan kepercayaan mak ayah.. insyaAllah senang je dapat restu :)


gambar kanan ni la akhi izzat..kecik je kan ;)

oke lah.. cik cerita setakat ni dulu oke.. acely banyak lagi... tapi cik malas nak tulis panjang2.. takot kamu boring pulak kan... hehehe
konklusinya, kita jangan terlalu fikir yang perkahwinan tu susah... memangla nak kahwin susah.. tapi cube kita betulkan niat nak kahwin tu sebab ape.. insyaAllah Allah akan permudahkan segalanya.. kate akhi izzat, kite memang akan selalu risau mengenai perkara perkara seperti duit semua tu, tapi just let it through by the time.. sebab Allah dah tetapkan pown rezeki kita dari kita lahir lagi...yang penting kne ade usaha :)

mungkin siapa yang pergi ke talk ni, masing masing nak kahwin awal kowt lepas tuh..hihihi
cik pulak? nothing to say..lalallalalallaa
whatever it is,,smile guys :)

No comments:

Post a Comment